Monday, 31 October 2011

Sahsiah Cemerlang Sekolah Terbilang

Assalamualaikum...

     SMK(A) Naim Lilbanat sememangnya terkenal dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan dalam Malaysia.Sekolah kami telah banyak mengukir nama di semua peringkat termasuklah peringkat kebangsaan.
Baru-baru ini,sekolah kami telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah SMK(A) yang  berprestasi tinggi . Kebitaraan kami sebagai sebuah sekolah SBT ialah dalam kawad kaki dan bahasa arab . Sememangnya pengiktirafan ini wajar diberikan kerana sahsiah guru dan pelajar yang cemerlang yang secara tidak langsung membentuk sebuah sekolah yang terbilang . Sahsiah di SMK(A)Naim dikatakan cemerlang kerana disiplin pelajarnya yang teratur . Tidak lupa juga pencapaian pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum .

Pengenalan Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat atau nama ringkasnya SMKA Naim Lil-Banat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat memiliki 0 pelajar lelaki dan 958 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 958 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.


 

Falsafah Sekolah 
Memberi pendidikan yang seimbang kepada pelajar-pelajar merangkumi aspek-aspek akli, rohani dan jasmani bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat selaras dengan konsep Sekolah Bestari

Visi Sekolah 
Menjelang tahun 2010 SMKA Naim Lilbanat akan menjadi sekolah TERBILANG dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah berteraskan agama dan teknologi.

 Misi Sekolah
  • Mewujudkan masyarakat yang berwawasan dan cintakan ilmu sepanjang hayat
  • Mewujudkan masyarakat yang bermotivasi tinggi dan berdaya saing.
  • Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan bersahsiah tinggi berteraskan Islam Hadhari.
  • Melahirkan masyarakat yang mampu menguasai teknologi terkini dalam era globalisasi. 
 
 
 Alamat sekolah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat
Jalan Sultan Yahya Petra
15150, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097482752
            Fax = 6097473029

 
  

 
SMKANL merupakan salah sebuah sekolah daripada 55 buah sekolah agama yang dikelola oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Ia terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Bestari sejak daripada projek itu diperkenalkan

SMKANL adalah salah sebuah sekolah kawalan bagi negeri Kelantan. Setiap tahun keputusan peperiksaan awam samada PMR, SPM mahu pun STPM menunjukkan kecemerlangan. Keputusan SPM 2005 meletakkan SMKANL di tempat ke dua daripada 55 buah SMKA seluruh Malaysia. Begitu juga untuk keputusan tahun 2006 dan 2007.
Bidang ko-agama terus cemerlang dipersada negara. Kumpulan nasyid Soutun-Naim pernah meraih Naib Johan di pertandingan nasyid SLAD Peringkat Kebangsaan di negeri Perak pada tahun 2003. Seorang pelajar berjaya ke Pertandingan Tadarrus Quran di Peringkat negeri dalam bidang Hafazan untuk tahun 2006. Johan Zon Timur Marhaban di Astro tahun 2007..

Sebagai sebuah sekolah agama, sekolah ini juga tidak ketinggalan dalam bidang sukan . Tahun 2007 ini, 1 pelajar berjaya mewakili Kelantan ke peringkat Kebangsaan dalam permainan catur. Begitu juga dengan badminton dan juga beberapa permainan yang lain.